Promosi Ekspo

Tuesday 14 June 2011

 LATAR BELAKANG KAMPUG JURU
Kampung Juru tersergam indah di MK 13 Seberang Prai Tengah.
Kampung Juru terbentuk pada tahun 1952 di mana kebanyakan penduduknya mampakan kaum cina.
Daripada serba kekurangan kemudahan asas, kini Juru telah berbentuk menjadi sebuah kampung yang serba moden dan mempunyai pelbagai kelengkapan termasuk kemudahan asas seperti sekolah rendah Cina, sekolah tadika , Tokong Cina, Gereja, Kuil Hindu, Dewan Serbaguna, Klinik Desa, padang bolasepak, taman rekreasi.

Selain itu, menjelang tahun 90 an pembinaan kawasan perindustrian serta taman-taman perumahan di sekitaar Perkampungan Juru seperti Taman Pinang, Taman Mangga, taman Duku, Taman Sentul, taman Sentul Jaya, Taman Bukit Minyak dan banyak lagi telah memyebabkan perkampungan Juru semakin makmur di samping mengekalkan keaslian perkampungan. Akibatnya, Perkampungan Juru telah terpilih sebagai salah satu Pusat Pelancungan Kebudayaan dan ’ homestay ’.

Melalui Pasukan Kerja Local Action 21 Kebudayaan dan Pelancongan, Juru telah mengenalpasti produk pelancongan dan peserta-peserta ’homestay’ untuk dibangunkan. Produk pelancongan ialah seperti berikut :-

    1. Taman rekreasi seluas 10 ekar
    2. Tarian singa
    3. Trian kebudayaan
    4. Sambutan perayaan tradisi Cina
    5. Kraftangan pewter
    6. Muzium kebudayaan
    7. Ladang penanaman buah naga


Semoga Perkampungan Juru terus maju dan makmur di bawah kerjasama dan pimpinan semua pihak yang berkenaan



No comments:

Post a Comment